Saturday 2 July 2011

LARIAN SATU MURID SATU SUKAN PERINGKAT SMK BALUNG

Program Larian Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia pada hari ini , turut diadakan dengan meriahnya di SMK Balung, Tawau, Sabah. Larian ini turut diadakan serentak dengan Larian Balung ( Merentas Desa ) sempena Sukan Tahunan SMK Balung pada tahun ini. Justeru pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena hari bersejarah ini. Sebelum larian dimulakan, aktiviti pemanas badan diadakan secara beramai-ramai dengan dipimpin oleh saudara Zarul Naim Mansur(pelajar UPSI) dan dibantu oleh pelajar-pelajar Sains Sukan SMK Balung. Larian Satu Murid Satu Sukan di SMK Balung akan mengelilingi SMK Balung dan keluar menuju Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau lalu berpatah balik ke SMK Balung. Laluan ini melibatkan jarak 5 dan 7 kilometer. Jarak 5 kilometer adalah untuk pelajar-pelajar perempuan kategori 15 dan 18 tahun ke bawah serta kakitangan SMK Balung. Manakala jarak 7 kilometer adalah untuk pelajar-pelajar lelaki kategori 15 dan 18 tahun ke bawah. Pemenang tempat pertama hingga ketiga puluh setiap kategori akan menyumbangkan 10 peratus markah untuk pengiraan markah keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan. Bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga setiap kategori juga akan mendapat hadiah berupa trofi dan hamper. Larian Satu Murid Satu Sukan Peringkat SMK Balung telah dirasmikan oleh En. Zulkhairi Zainal, Penolong Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara cawangan Tawau. Hadiah-hadiah kepada pemenang juga telah disampaikan oleh En. Zulkhairi Zainal.


Aktiviti Pemanas Badan Sebelum Larian 1 Murid 1 Sukan


Aktiviti Pemanas Badan pimpinan Zarul Naim Mansur ( penuntut UPSI) 
dan pelajar-pelajar Sains Sukan SMK Balung


Guru-guru SMK Balung bergambar sebelum bertugas di Check Point
untuk Larian 1 Murid 1 Sukan 


Pelajar-pelajar bersedia untuk Larian 1 Murid 1 Sukan


Pelajar-pelajar Lelaki dilepaskan oleh En. Zulkhairi Zainal
(Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, Tawau)


Pelajar-pelajar perempuan dilepaskan oleh En. Zulkhairi Zainal 
(Penolong Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara, Tawau)


Guru-guru bersedia untuk dilepaskan


Johan Keseluruhan Sukan Masa (Rumah Jati)


Naib Johan Keseluruhan Larian 1 Murid 1 Sukan
 (Rumah Belian)


Johan Keseluruhan Larian 1 Murid 1 Sukan
 (Rumah Agatis)


En. Ganesan Manickam (Pengetua SMK Balung) menyampaikan cendera kenangan
 kepada En. Zulkhairi Zainal (Penolong Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara, Tawau) 

2 comments:

ZarulMansur said...

Satu perjalanan aktiviti sukan yang menyeronokkan...


1Murid 1Sukan 1Malaysia

Jay said...

Penglibatan pelajar yang ramai..