Saturday 25 June 2011

SUKANTARA SMK BALUNG 2011

Sukantara SMK Balung 2011 telah diadakan pada 22 dan 23 Jun 2011 iaitu pada hari rabu dan khamis. Sukantara ini melibatkan semua pelajar mengikut rumah sukan masing-masing iaitu rumah sukan Jati, Belian, Merbau dan Agatis. Pelajar-pelajar sidang petang akan diuji pada sebelah pagi manakala pelajar-pelajar sidang pagi akan diuji pada sebelah petang. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas akan diuji dalam acara 100m, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru mengikut jarak atau masa tertentu yang telah ditetapkan. Markah daripada sukantara ini akan diambil sebanyak 10% untuk menentukan Johan Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Balung 2011.

Acara Melontar Peluru

Acara Lompat Jauh

Acara Lari 100 Meter

Acara Lompat Tinggi 

Sunday 19 June 2011

LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah-rumah sukan pada hari pertama terganggu sedikit kerana hari hujan. Walau bagaimanapun, latihan tetap diteruskan apabila hujan reda iaitu kira-kira pukul 8.00 pagi. Semua guru dan ahli rumah sukan sidang petang telah turun beramai-ramai untuk mencari bakal atlet rumah sukan masing-masing. Oleh itu latihan pada hari pertama ini lebih kepada pemilihan atlet. Justeru pihak Unit Sukan SMK Balung telah menyediakan jadual penggunaan venue dan peralatan sukan untuk kesemua rumah sukan agar tidak ada pertindihan berlaku. Ini bermakan setiap rumah sukan akan berpelung menguji dan memilih pelajar masing-masing dalam setiap acara yang dipertandingkan nanti. Contohnya pada sesi pertama jam 7.00 - 8.45, dua rumah sukan akan berlatih dalam acara padang dan dua rumah sukan lagi dalam acara balapan. Dalam acara padang pula satu rumah sukan akan berlatih dan memilih atletnya dalam acara lontaran dan yang satu lagi dalam acara lompatan. manakala dalam acara balapan pula, satu rumah sukan akan berlatih dalam acara jarak dekat dan yang satu lagi dalam acara jarak sederhana dan jauh. Pada sesi kedua iaitu dari jam 8.45-10.00 pagi, pertukaran acara latihan telah dijadualkan. Jadi jadual latihan telah dibuat sehinggalah ke hari pertandingan nanti dan setiap rumah sukan akan berpeluang memilih dan melatih atletnya dalam semua acara yang dipertandingkan. Kesimpulannya, latihan sukan pada hari pertama dan kedua sebenarnya lebih kepada mengenalpasti atlet dan acaranya.


Acara Padang : Latihan dan pemilihan atlet  melontar lembing


Acara Balapan : Latihan dan pemilihan acara 400m


Acara Padang : Latihan dan pemilihan acara lompat tinggi


Acara Padang : Latihan dan pemilihan acara lontar peluru

KETUA-KETUA RUMAH SUKAN 2011

Sukan tahunan SMK Balung bermula lagi. Seperti biasa akan adalah wajah-wajah bertuah yang dipilih untuk menjadi ketua rumah sukan. Yang menjadi pilihan sudah semestinya orang-orang bertuah yang diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan dalam mengurus dan mencungkil bakat-bakat baru sukan. Mari kita lihat wajah penuh semangat ketua-ketua rumah sukan bersama moto rumah sukan masing-masing.   




Wajah penuh keyakinan ini adalah milik Ketua Rumah Sukan Jati . Dengan moto rumah sukan "  Lebih cepat, lebih kuat, Jati hebat" ,Cikgu Muzri Kadir memikul tanggung jawab untuk merampas semula kejuaraan yang pernah menjadi milik Rumah Sukan Jati beberapa tahun yang lalu. 




Dengan misi mempertahankan kejuaraan tahun lalu, Ketua Rumah Sukan Belian ini telah mengatur pelbagai strategi bersama guru-guru penasihat yang lain. Dengan moto " Belian mantap, kekal juara" sudah pastinya Cikgu Taupik Abdul Luis akan memastikan pencapaian tahun ini bertambah mantap. 


Tengok saja tenungan Cikgu Sudirman Darise. Bukan tenung sebarang tenung tu , tengah memikirkan strategi untuk menang sebenarnya. Dengan moto " Mantap berentap,Merbau merampas juara" Rumah Merbau tahun ini akan memastikan gelaran juara menjadi milik mereka.          


Masih muda dan bersemangat, Ketua Rumah Sukan Agatis juga mempunyai misi yang tersendiri. Dengan moto " Never say never" , Cikgu Jeb Asyraff @ Jebsen akan mengembling tenaga bersama guru-guru penasihat rumah sukan yang lain dalam misi mencari kejuaraan pada tahun ini.