Sunday 19 June 2011

LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah-rumah sukan pada hari pertama terganggu sedikit kerana hari hujan. Walau bagaimanapun, latihan tetap diteruskan apabila hujan reda iaitu kira-kira pukul 8.00 pagi. Semua guru dan ahli rumah sukan sidang petang telah turun beramai-ramai untuk mencari bakal atlet rumah sukan masing-masing. Oleh itu latihan pada hari pertama ini lebih kepada pemilihan atlet. Justeru pihak Unit Sukan SMK Balung telah menyediakan jadual penggunaan venue dan peralatan sukan untuk kesemua rumah sukan agar tidak ada pertindihan berlaku. Ini bermakan setiap rumah sukan akan berpelung menguji dan memilih pelajar masing-masing dalam setiap acara yang dipertandingkan nanti. Contohnya pada sesi pertama jam 7.00 - 8.45, dua rumah sukan akan berlatih dalam acara padang dan dua rumah sukan lagi dalam acara balapan. Dalam acara padang pula satu rumah sukan akan berlatih dan memilih atletnya dalam acara lontaran dan yang satu lagi dalam acara lompatan. manakala dalam acara balapan pula, satu rumah sukan akan berlatih dalam acara jarak dekat dan yang satu lagi dalam acara jarak sederhana dan jauh. Pada sesi kedua iaitu dari jam 8.45-10.00 pagi, pertukaran acara latihan telah dijadualkan. Jadi jadual latihan telah dibuat sehinggalah ke hari pertandingan nanti dan setiap rumah sukan akan berpeluang memilih dan melatih atletnya dalam semua acara yang dipertandingkan. Kesimpulannya, latihan sukan pada hari pertama dan kedua sebenarnya lebih kepada mengenalpasti atlet dan acaranya.


Acara Padang : Latihan dan pemilihan atlet  melontar lembing


Acara Balapan : Latihan dan pemilihan acara 400m


Acara Padang : Latihan dan pemilihan acara lompat tinggi


Acara Padang : Latihan dan pemilihan acara lontar peluru

0 comments: