Friday 1 July 2011

RAPTAI PENUH SUKAN TAHUNAN 2011

Raptai penuh Sukan Tahunan SMK Balung diadakan pada 1 Julai 2011. Raptai dimulaakan dengan upacara lintas hormat empat kontijen rumah dan sembilan unit beruniform. Empat kontijen rumah sukan berkenaan iaitu Rumah Sukan Jati, Merbau, Belian dan Agatis. Manakala unit-unit beruniform yang terlibat ialah Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Pertahanan Awam, Pengakap Darat, Pengakap Laut, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Selain itu, diadakan juga raptai bacaan ikrar, membawa obor kejohanan, menaikkan bendera kejohanan dan raptai persembahanTtarian Rampai 1 Malaysia danpersembahan senamrobik.





Raptai persediaan untuk hormat


Raptai Persediaan Tarian Rampaian





Raptai Persembahan Senamrobik






1 comments:

zann_nies said...

menarik membaca laporan raptai dan melihat gambar2 di dlm post ni..