Program Larian Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia pada hari ini , turut diadakan dengan meriahnya di SMK Balung, Tawau, Sabah. Larian ini turut diadakan serentak dengan Larian Balung ( Merentas Desa ) sempena Sukan Tahunan SMK Balung pada tahun ini. Justeru pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena hari bersejarah ini. Sebelum larian dimulakan, aktiviti pemanas badan diadakan secara beramai-ramai dengan dipimpin oleh saudara Zarul Naim Mansur(pelajar UPSI) dan dibantu oleh pelajar-pelajar Sains Sukan SMK Balung. Larian Satu Murid Satu Sukan di SMK Balung akan mengelilingi SMK Balung dan keluar menuju Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau lalu berpatah balik ke SMK Balung. Laluan ini melibatkan jarak 5 dan 7 kilometer. Jarak 5 kilometer adalah untuk pelajar-pelajar perempuan kategori 15 dan 18 tahun ke bawah serta kakitangan SMK Balung. Manakala jarak 7 kilometer adalah untuk pelajar-pelajar lelaki kategori 15 dan 18 tahun ke bawah. Pemenang tempat pertama hingga ketiga puluh setiap kategori akan menyumbangkan 10 peratus markah untuk pengiraan markah keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan. Bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga setiap kategori juga akan mendapat hadiah berupa trofi dan hamper. Larian Satu Murid Satu Sukan Peringkat SMK Balung telah dirasmikan oleh En. Zulkhairi Zainal, Penolong Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara cawangan Tawau. Hadiah-hadiah kepada pemenang juga telah disampaikan oleh En. Zulkhairi Zainal.
BESBOL
13 years ago
2 comments:
Satu perjalanan aktiviti sukan yang menyeronokkan...
1Murid 1Sukan 1Malaysia
Penglibatan pelajar yang ramai..
Post a Comment